Pembiakan Tuntung sungai utara

Anak tuntung berwarna kelabu dan yang dewasa berwarna coklat kekelabuan. Apabila tiba musim mengawan, warna kepalanya menjadi putih dan terdapat jalur merah di bahagian tepi mata, tetapi yang betina tidak berubah.[perlu rujukan]

Spesies tuntung banyak terdapat di Sungai Perak. Tuntung juga boleh dijumpai di Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.[perlu rujukan] Musim bertelur adalah dari bulan Oktober hingga Januari. Tuntung betina biasanya akan bertelur 2 kali setahun bergantung pada kekerapan pengawanan bersama tuntung jantan. Tuntung betina akan mendarat untuk bertelur di pantai-pantai atau muara sungai pada masa air surut di waktu malam. Tuntung betina biasanya mengorek lubang penetasan kira-kira pada kedalaman 50-70 sm.

Tuntung betina mengorek lubang penetasan dengan menggunakan kedua-dua kaki depannya dan mengambuskan kembali lubang dengan ekor dan kedua-dua kaki belakangnya.

Pantai tempat bertelur kebiasaannya terletak beberapa kilometer dari muara sungai tempat hidupnya. Telurnya berbentuk bujur dan menghasilkan 4 hingga 20 biji telur setiap kali bertelur. Telur-telur akan ditinggalkan dan tidak dijaga sama seperti penyu. Telur-telur tersebut akan menetas dalam tempoh lebih kurang 72 hari.

Rujukan

WikiPedia: Tuntung sungai utara http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/perkhidmat... http://www.doa.gov.my/index/resources/perkhidmatan... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt... https://www.gbif.org/species/2443698 https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://animaldiversity.org/accounts/Batagur_baska... https://eol.org/pages/795612 https://apiv3.iucnredlist.org/api/v3/taxonredirect...